Posts

AMALKAN DOA INI SEBELUM TIDUR, INSYA ALLAH HUTANG SEBANYAK APA PUN AKAN HABIS

Doa ini adalah di antara doa yg bisa diamalkan untuk melunasi utang & dibaca sebelum tidur. Sudah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan, اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wa...

Hadis Palsu : Membaca Doa Awal dan Akhir Tahun

Dalam buku kecil Majmuk Syarif yg banyak tersebar dikalangan masyarakat, disebutkan tentang kelebihan membaca doa di akhir dan awal tahun mengikut kiraan Hijrah. Malang sekali, amalan dan kelebihan yang dinyatakan tidak bersumberkan hadis sahih dan ia adalah palsu. Dinyatakan dalam buku tersebut : “inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu asar 29 atau 30 haribulan Zulhijjah. Siapa membaca doa ini pada waktu tersebut, syaitan berkata “susah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini kerana dibinasakan dengan satu akibat membaca doa-doa ini, maka Allah mengampunkan semua dosanya” Kemudian dinyatakan dalam buku tersebut teks doa khusus yang perlu di baca pada akhir tahun Sementara kelebihan doa awal tahun pula dinyatakan : “inilah doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali selepas sembahyang Maghrib pada malam satu haribulan Muharam. Siapa membacanya, sesungguhnya syaitan berkata : “ia sudah amanlah anak Adam ini daripada aku bar...

Bilal Bin Rabah

Cubalah anda semua membaca kisah hidupnya, sudah pasti dada anda sebak dan anda menangis sendirian! Betapa hebat dan besarnya ujian yang Allah s.w.t berikan kepada manusia hebat ini menjadi pengajaran kepada seluruh insan di mukabumi ini. Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang terletak dipinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah. Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seoran wanita berkulit hitam. Sebab itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar. Liku-liku pahit perjalannya hidupnya bermula bila kedua ibu bapanya yang berpindah dari Habsyah untuk mencari penghidupan baru di Kota Mekah dirompak di pertengahan jalan, ditangkap dan ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar. Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya. Mereka tidak dibe...

Panduan Solat Sunat Taubat

Image
Apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan ataupun dosa-dosa maka hendaklah dia segera memohon keampunan, bertaubat dan kembali kepada jalan yang diredhai Allah  Subhanahu wa Ta’ala . Hal ini telah diperintah oleh Allah  Subhanahu wa Ta’ala  sebagaimana firman-Nya: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang y...

Tanggungjawab Murabbi

Bila menyebutkan akan tanggungjawab sebagai seorang murabbi, ia menjadikan aku tunduk, insaf dan menyedarkan kelemahan diri yang terlalu hebat. Tanggungjawab sebagai murabbi itu besar. Maka, kadang kala bila kita mula mengevaluasi akan sikap mutarabbi-mutarabbi kita yang pelbagai ragam, kita mula mengeluh akan ragam-ragam setiap satu. Ada yang sebegini perangainya, ada yang sebegitu perangainya. Tetapi, mahu tak mahu, akur atau tidak, marilah kita menghayati kata-kata ini; "Murabbi seperti tongkat, sedangkan mutarabbi seperti bayang-bayang tongkat. Jika tongkatnya sahaja bengkok, bagaimana mungkin bayang-bayangnya bisa lurus?" Marilah kita akur. Akur jika perangai-perangai mutarabbi kita itu sebahagian besar adalah antara salah satu perangai yang ada dalam diri kita juga. Jika kita mengharapkan mutarabbi kita faham secara total apa yang kita sampaikan hanya sekali sahaja kepada mereka, maka cuba hisab diri; "adakah kita sememangnya terus boleh faha...

TIDAK SEDIA JUMPA BAKAL MERTUA

Image
Assalamualaikum Ustaz.. maaf sye ingin bertnye. mcmne ye .klo ad seseorg akhi ni merisik seorg uhkti ni tnpe bgtau wali dlu sbb rse xbersedia nk jmpe wali n anta rombongn.dan merisik sbb rsaukn ukhti ni berkhwin ngn org len.mcmmne hukumnya tu ustaz? syukran. Reply Ustaz Abu Saif says: Wsalam wbt. Analogi sahaja, jangan kecil hati dengan subjeknya. Saya ada 10 ekor kambing. Jika berminat dengan mana-mana kambing itu, berurusanlah dengan saya kerana saya pemiliknya. Seorang anak perempuan, milik WALInya. Jangan bypass hakikat itu. Saya tidak akan benarkan anak saya berkahwin dengan lelaki yang tidak berani berjumpa dengan saya, kerana ia hanya langkah kecil sebelum langkah besar yang lebih menanti di hadapan. Bertanggungjawablah. Jangan lembik. Be a MAN!

Selamat Tinggal Cinta!

Image
Aku akan berhenti memikirkanmu. Dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan dih atiku. Aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya Kerana ALLAH, bukan kerana menginginkanmu. Akan aku lepaskan belenggu ini, yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh dengan tanda tanya. Biarlah kau teruskan perjalananmu untuk jadi yang terbaik buat seseorang yang ditakdirkan untukmu... Akupun begitu... Aku kan melanjutkan perjalananku untuk jadi imam yang terbaik buat seseorang yang akan menjadi makmumku meskipun itu bukanlah dirimu. Kerana kini aku telah yakin bahawa.  "Aku mungkin tak dapat menikahi orang yang aku cinta, tetapi wajib bagiku mencintai orang yang aku nikahi" Ku berharap kau mendapatkan yang terbaik daripadaku dan doakanku agar aku juga mendapatkan yang terbaik hingga aku mampu tenang dengan pilihanNYA meskipun itu bukanlah dirimu. ~Norhanie~