Posts

Showing posts from March, 2011

3 Tahun Tanpa Kasih Sayang Nya

Image
12 Mac 2008, tarikh yang tidak akan aku lupakan.. Tarikh di mana orang yang aku sayangi dijemput menghadap Yang Maha ESA.. Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, seluruh ahli keluargaku telah berkumpul di perkarangan HUSM Kelantan.. Doktor memanggil ayahku untuk membisikkan Kalimah Syahadah di telinga ibuku.. Saat itu seluruh keluarga ku menangis, meratapi wajah arwah ibu.. Semua dapat rasakan yang sesuatu yang tidak ingin berlaku bakal terjadi.. "Ya Allah, selamatkanlah ibuku, janganlah Kau ambil nyawanya.. Aku banyak berdosa kepada dia Ya Allah.. Biarlah aku tebus dahulu kesalahan yang telah aku lakukan, aku ingin memohon maaf kepada ibu.." doaku tidak putus-putus agar ibu dapat diselamatkan.. 2.23 petang.. Ibu menghadap Illahi.. Sayu hatiku melihat ibu pergi meninggalkan ku tanpa aku sempat memohon maaf padanya.. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi.. Aku redha, rela dengan pemergiaan ibu agar roh nya bersemadi dengan aman.. Sebuah luahan hati Dari seorang anak Untuk

Santapan Malam :)

Image
aish..malam-malam macam ni xleh tdo la plak..keje banyak lagi xciap..uhuk!! luang masa jap bersama blog..ada benda nak dikongsi bersama..hehehe..ni saya ambil melalui kata-kata Puan Khadijah..dia lect math saya kat kolej..even ajar math, tapi dia selalu kongsi pasal Agama sebelum dia start kelas..saya bukan penulis hebat.. hehehe.. :) semoga anda semua dapat memahaminya.......... " Manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan dan istiqamah melakukan kebaikan adalah bukan sebaik-sebaik manusia jika dibandingkan dengan manusia yang pernah melakukan kesalahan dan dia bertaubat nasuha dengan tidak mengulangi perkara lepas dan berterusan melakukan kebaikan.. " Itulah yang lecturer saya ungkapkan sebelum kelas bermula.. Apa yang dia cuba sampaikan ialah orang yang pernah melakukan kesalahan dan menyesal dengan perkara yang dilakukan serta dia bertaubat nasuha dengan tidak mengulangi kesalahan itu dan istiqamah melakukan kebaikan maka dia sebenarnya adalah manusia yang ba

"Big Bang" - BUSTED!!!

Image
Where Did Everything Come From? What is the proof? Islam tells us Allah is both The Creator & The Evolver, of all that exits. We know Allah did not evolve us from monkeys , and we know all things are from Allah. Please share this information with those who deny the existence of God. They need it. There is a popular theory referred to as the 'Big Bang' theory. It tries to explain the existence of the universe in an evolutionary manner having an initial beginning with an immense explosion of some gases or solid mass. Some say there first was a void or ’nothingness’, or perhaps, some gases which exploded then from this everything in the universe simply began to evolve to the stage that we see now. There has never really been any solid evidence for this idea of 'something out of nothing' concept. Nor for that matter, the evolutionary theory itself. We would like to explore the idea of creation from a purely logical standpoint using simple terminology wi

Benarkah Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia?

Image
Seringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia . Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka. Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah. Firman Allah ; يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَا

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran [I Luv Islam]

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada? Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran. 01. Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT  "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1] Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah. 02. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati "iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2] Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa. 03. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama. "dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang t

Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....

Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur.... melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... .. Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kit