Selamat Tinggal Cinta!


Aku akan berhenti memikirkanmu. Dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan dihatiku.


Aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya Kerana ALLAH, bukan kerana menginginkanmu. Akan aku lepaskan belenggu ini, yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh dengan tanda tanya.

Biarlah kau teruskan perjalananmu untuk jadi yang terbaik buat seseorang yang ditakdirkan untukmu... Akupun begitu...

Aku kan melanjutkan perjalananku untuk jadi imam yang terbaik buat seseorang yang akan menjadi makmumku meskipun itu bukanlah dirimu. Kerana kini aku telah yakin bahawa. 
"Aku mungkin tak dapat menikahi orang yang aku cinta, tetapi wajib bagiku mencintai orang yang aku nikahi"

Ku berharap kau mendapatkan yang terbaik daripadaku dan doakanku agar aku juga mendapatkan yang terbaik hingga aku mampu tenang dengan pilihanNYA meskipun itu bukanlah dirimu.
~Norhanie~

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Taubat Seorang Hamba

SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH DAN TERJEMAHANNYA

AMALKAN DOA INI SEBELUM TIDUR, INSYA ALLAH HUTANG SEBANYAK APA PUN AKAN HABIS