Monday, 9 May 2011

Bagaimana Kita Membaca Al-Quran?

Pernah tak korang terfikir pasal keadaan masyarakat kita sekarang ni?
Buang bayi, zina, dadah, couple, bunuh diri, mengumpat, penipuan, penghinaan terhadap islam etc, and the list goes on and on for eternity..heheh.
Ok! Back to the point.
Semua masalah ni berlaku pada majoriti umat islam di Malaysia betul tak? Tapi kenapa ye?
Orang2 yang buat benda macam ni tak tau ke halal dan haram?
Ok, jawapannya boleh perhatikan dalam surah al-a'raf:

ولقد ذرأنا لجهنّم كثيراً من الجنّ والأنس لهم قلوب لا يفقهون بها ولهم أعين لا يبصرون بها ولهم ءاذان لا يسمعون بها أولآءك كالأنعام بل هم أضلّ و ألآءك هم الغافلون

"Dan sungguh!! kami isi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia. mereka ada hati tapi tidak memahami, mereka ada mata tapi tak melihat dengannya, mereka ada telinga tapi taknak dengar dengannya. mereka seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang2 yg lalai." (7:179)

Cuba kita ingat balik. Masa sekolah dulu kita belajar islam ni macam mana? Hafal sifat 20, rukun wudhuk dan lain2 lagi.
Kita semua tau al-Quran merupakan sumber utama bagi kita semua sebagai seorang muslim.
Tapi, walaupun kita baca Quran ni, kenapa pulak kelakuan majoriti umat islam di malaysia ni tak mencerminkan al-Quran?
Mereka semua mengaji, dah habis tutup Quran, cium mashaf pastu letak dalam almari tinggi2.
Tapi apa kesannya kita baca al-Quran terhadap kelakuan kita?

Selama ni kita baca al-Quran macam burung kakak tua. Kita baca jer tapi tak menghayati makna tersembunyi dalam ayat tu. Kita tak merasai dengan hati bahawa ada sesuatu yang Allah nak bagitau pada kita melalui ayat-ayatNya.
Cuba kita ubah mindset kita. Maknanya, kita baca al-Quran bukan setakat baca macam tu, tapi anggaplah kita sedang berhubung dengan Allah. Beberapa ayat yang diterjemahkan dengan kata2 sepert "wahai Muhammad", cuba kita gantikan dengan nama kita. Sahabat2 dulu, mereka cukup terkesan dengan al-Quran.
Mereka baca al-Quran bukan sekadar untuk keberkatan, tapi mereka membacanya utk mengetahui apakah ARAHAN ALLAH kepada mereka supaya mereka dapat sebarkan islam ke merata tempat.

Akhir skali, kita mengaku bahwa nabi Muhammad s.a.w itu Rasul Allah. Rasullah juga sebagai contoh ikutan kita. Tapi, cuba kita renungkan. Selama ni kita cakap tak serupa bikin ke? Selama ni kita ikut ke apa yang Baginda buat? Kita pernah cuba utk sebarkan kefahaman islam ke?
Tepuk dada, tanya iman.
Wallahu'alam.