Posts

Showing posts from May, 2012

Panduan Solat Sunat Taubat

Image
Apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan ataupun dosa-dosa maka hendaklah dia segera memohon keampunan, bertaubat dan kembali kepada jalan yang diredhai Allah  Subhanahu wa Ta’ala . Hal ini telah diperintah oleh Allah  Subhanahu wa Ta’ala  sebagaimana firman-Nya: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang

Tanggungjawab Murabbi

Bila menyebutkan akan tanggungjawab sebagai seorang murabbi, ia menjadikan aku tunduk, insaf dan menyedarkan kelemahan diri yang terlalu hebat. Tanggungjawab sebagai murabbi itu besar. Maka, kadang kala bila kita mula mengevaluasi akan sikap mutarabbi-mutarabbi kita yang pelbagai ragam, kita mula mengeluh akan ragam-ragam setiap satu. Ada yang sebegini perangainya, ada yang sebegitu perangainya. Tetapi, mahu tak mahu, akur atau tidak, marilah kita menghayati kata-kata ini; "Murabbi seperti tongkat, sedangkan mutarabbi seperti bayang-bayang tongkat. Jika tongkatnya sahaja bengkok, bagaimana mungkin bayang-bayangnya bisa lurus?" Marilah kita akur. Akur jika perangai-perangai mutarabbi kita itu sebahagian besar adalah antara salah satu perangai yang ada dalam diri kita juga. Jika kita mengharapkan mutarabbi kita faham secara total apa yang kita sampaikan hanya sekali sahaja kepada mereka, maka cuba hisab diri; "adakah kita sememangnya terus boleh faha

TIDAK SEDIA JUMPA BAKAL MERTUA

Image
Assalamualaikum Ustaz.. maaf sye ingin bertnye. mcmne ye .klo ad seseorg akhi ni merisik seorg uhkti ni tnpe bgtau wali dlu sbb rse xbersedia nk jmpe wali n anta rombongn.dan merisik sbb rsaukn ukhti ni berkhwin ngn org len.mcmmne hukumnya tu ustaz? syukran. Reply Ustaz Abu Saif says: Wsalam wbt. Analogi sahaja, jangan kecil hati dengan subjeknya. Saya ada 10 ekor kambing. Jika berminat dengan mana-mana kambing itu, berurusanlah dengan saya kerana saya pemiliknya. Seorang anak perempuan, milik WALInya. Jangan bypass hakikat itu. Saya tidak akan benarkan anak saya berkahwin dengan lelaki yang tidak berani berjumpa dengan saya, kerana ia hanya langkah kecil sebelum langkah besar yang lebih menanti di hadapan. Bertanggungjawablah. Jangan lembik. Be a MAN!