Dunia, Akhirat, Iman.

Seorang Sultan mengambil seorang Ustaz menjadi menterinya.
Maka diberi Istana, Gelaran, Isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan..!

Satu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya dan bertanya TIGA soalan.

PERTAMA!
Apa itu Dunia..?

KEDUA!
Apa itu Akhirat..?

Dan KETIGA!
Apa itu Iman..?

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu saja.
Tak mahu syarahan yang panjang.
Menteri Agama terpinga-pinga mencari jawapan yang memuaskan hati Sultannya.

Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu utk mencari jawapannya.

Kemudian Sultan menghantar wakilnya kepada Menteri itu dan bagi titah bahawa segala kemewahan yang diberi akan dirampas jika gagal memberi jawapan yang dikehendaki.

Menteri jadi runsing yang amat sangat memikirkan akan kehilangan segala-gala nya jika gagal memberi jawapan.

Menteri dah tak dapat tidur,
Makan pun tak lagi berselera,
Cakap pun dah lain.
Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan tetapi gagal.

Akhirnya Menteri telah keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yg dimilikinya.

Masa hampir tiba.
Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya.
Sehari sebelum sampai tempoh masa tersebut,
Dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar mengenangkan nasibnya.

Sedang dia termenung,
Si Menteri tadi terpandang seorang tua yang sedang berkebun.

Bila matahari terik di kepala,
Org tua itu berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Maka diajaknya si Menteri makan bersama.
Menteri yang kerunsingan memikirkan jawatan, Istana dan kemewahan yang akan lesap tak langsung berselera nak makan lagi.

Org tua itu bertanya,
"Tuan, nampak seperti ada masalah..? Boleh hamba tlg..?"

Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan-soalan Sultan beserta syarat-syarat nya kepada orang tua yang baik hati tadi.

Soalan pertama,
Apakah itu dunia?

Maka dijawab org tua tadi..!
"Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk ditinggalkan. Hal ini diketahui oleh hati masing-masing lah..!"

Soalan kedua,
Apakah itu akhirat?

Maka dijawab org tua tadi..!
"Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk dibawa ke sana tanpa ada apa-apa maksud dunia di dalamnya. Ini pun diketahui oleh hati masing-masing lah..!"

Dan soalan ketiga, apakah itu iman?

Maka org tua itu pun bagi tahu,
"Akan aku bagitahu petang nanti selepas solat Asar!

Bila waktu Asar,
Mereka solat Asar bersama berjemaah dan selepas solat,
Si Menteri terus bertanya,
"Apa itu iman..?"

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa-sisa makanan tengahari.

Orang tua itu memberi syarat untuk memberi jawapan yang ketiga,
Dia mesti makan bersama anjing-anjing itu.

Si Menteri berfikir berkali-kali.
Makan dengan anjing ni najis berat.
Tak makan, jawatan lesap,
Harta melayang,
Hidup susah dan melarat..!

Nak dapat kerja lain bukan senang sekarang ni.
Fikir punya fikir akhirnya si Menteri pun buat keputusan untuk makan bersama anjing-anjing itu..!

Apabila saja si Menteri duduk untuk makan bersama anjing-anjing itu,
Orang tua tadi pun pegang kolar bajunya dan berkata,

"Wahai Tuan..!
Inilah Iman.
Bagi mereka yang ada iman,
Mereka sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan sanggup melanggar perintah Allah..!

Akan tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup melanggar perintah Allah untuk selamatkan dunianya..!"

Comments

Popular posts from this blog

SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH DAN TERJEMAHANNYA

3 Tahun Tanpa Kasih Sayang Nya

Benarkah Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia?