Posts

Showing posts from 2012

Hadis Palsu : Membaca Doa Awal dan Akhir Tahun

Dalam buku kecil Majmuk Syarif yg banyak tersebar dikalangan masyarakat, disebutkan tentang kelebihan membaca doa di akhir dan awal tahun mengikut kiraan Hijrah. Malang sekali, amalan dan kelebihan yang dinyatakan tidak bersumberkan hadis sahih dan ia adalah palsu. Dinyatakan dalam buku tersebut : “inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu asar 29 atau 30 haribulan Zulhijjah. Siapa membaca doa ini pada waktu tersebut, syaitan berkata “susah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini kerana dibinasakan dengan satu akibat membaca doa-doa ini, maka Allah mengampunkan semua dosanya” Kemudian dinyatakan dalam buku tersebut teks doa khusus yang perlu di baca pada akhir tahun Sementara kelebihan doa awal tahun pula dinyatakan : “inilah doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali selepas sembahyang Maghrib pada malam satu haribulan Muharam. Siapa membacanya, sesungguhnya syaitan berkata : “ia sudah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang

Bilal Bin Rabah

Cubalah anda semua membaca kisah hidupnya, sudah pasti dada anda sebak dan anda menangis sendirian! Betapa hebat dan besarnya ujian yang Allah s.w.t berikan kepada manusia hebat ini menjadi pengajaran kepada seluruh insan di mukabumi ini. Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang terletak dipinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah. Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seoran wanita berkulit hitam. Sebab itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar. Liku-liku pahit perjalannya hidupnya bermula bila kedua ibu bapanya yang berpindah dari Habsyah untuk mencari penghidupan baru di Kota Mekah dirompak di pertengahan jalan, ditangkap dan ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar. Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya. Mereka tidak dibe

Panduan Solat Sunat Taubat

Image
Apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan ataupun dosa-dosa maka hendaklah dia segera memohon keampunan, bertaubat dan kembali kepada jalan yang diredhai Allah  Subhanahu wa Ta’ala . Hal ini telah diperintah oleh Allah  Subhanahu wa Ta’ala  sebagaimana firman-Nya: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang

Tanggungjawab Murabbi

Bila menyebutkan akan tanggungjawab sebagai seorang murabbi, ia menjadikan aku tunduk, insaf dan menyedarkan kelemahan diri yang terlalu hebat. Tanggungjawab sebagai murabbi itu besar. Maka, kadang kala bila kita mula mengevaluasi akan sikap mutarabbi-mutarabbi kita yang pelbagai ragam, kita mula mengeluh akan ragam-ragam setiap satu. Ada yang sebegini perangainya, ada yang sebegitu perangainya. Tetapi, mahu tak mahu, akur atau tidak, marilah kita menghayati kata-kata ini; "Murabbi seperti tongkat, sedangkan mutarabbi seperti bayang-bayang tongkat. Jika tongkatnya sahaja bengkok, bagaimana mungkin bayang-bayangnya bisa lurus?" Marilah kita akur. Akur jika perangai-perangai mutarabbi kita itu sebahagian besar adalah antara salah satu perangai yang ada dalam diri kita juga. Jika kita mengharapkan mutarabbi kita faham secara total apa yang kita sampaikan hanya sekali sahaja kepada mereka, maka cuba hisab diri; "adakah kita sememangnya terus boleh faha

TIDAK SEDIA JUMPA BAKAL MERTUA

Image
Assalamualaikum Ustaz.. maaf sye ingin bertnye. mcmne ye .klo ad seseorg akhi ni merisik seorg uhkti ni tnpe bgtau wali dlu sbb rse xbersedia nk jmpe wali n anta rombongn.dan merisik sbb rsaukn ukhti ni berkhwin ngn org len.mcmmne hukumnya tu ustaz? syukran. Reply Ustaz Abu Saif says: Wsalam wbt. Analogi sahaja, jangan kecil hati dengan subjeknya. Saya ada 10 ekor kambing. Jika berminat dengan mana-mana kambing itu, berurusanlah dengan saya kerana saya pemiliknya. Seorang anak perempuan, milik WALInya. Jangan bypass hakikat itu. Saya tidak akan benarkan anak saya berkahwin dengan lelaki yang tidak berani berjumpa dengan saya, kerana ia hanya langkah kecil sebelum langkah besar yang lebih menanti di hadapan. Bertanggungjawablah. Jangan lembik. Be a MAN!

Selamat Tinggal Cinta!

Image
Aku akan berhenti memikirkanmu. Dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan dih atiku. Aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya Kerana ALLAH, bukan kerana menginginkanmu. Akan aku lepaskan belenggu ini, yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh dengan tanda tanya. Biarlah kau teruskan perjalananmu untuk jadi yang terbaik buat seseorang yang ditakdirkan untukmu... Akupun begitu... Aku kan melanjutkan perjalananku untuk jadi imam yang terbaik buat seseorang yang akan menjadi makmumku meskipun itu bukanlah dirimu. Kerana kini aku telah yakin bahawa.  "Aku mungkin tak dapat menikahi orang yang aku cinta, tetapi wajib bagiku mencintai orang yang aku nikahi" Ku berharap kau mendapatkan yang terbaik daripadaku dan doakanku agar aku juga mendapatkan yang terbaik hingga aku mampu tenang dengan pilihanNYA meskipun itu bukanlah dirimu. ~Norhanie~

Tips Hafal Al-Quran

Image
Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran). Tip 1 – Bangun awal Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-

Membina Jemaah Islam Dalam Komuniti Ummah

KEHIDUPAN dalam seminggu disibukkan lapangan kerjaya dan masih ada lebihan kerja yang perlu dibawa pulang ke rumah menjadikan ruang kehidupan bertambah sempit. Waktu hujung minggu dihabiskan di kompleks beli-belah atau tempat perkelahan. Umat Islam semakin lupa dan jauh dari Tuhan, seminggu berakhir dengan tujuan keduniaan melebihi persediaan keperluan akhirat. Fokus kepada ukhrawi tidak lagi diberi perhatian lantaran urusan dunia mengalpakan ruang perhambaan kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian selepas selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan cari apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkan akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumu’ah, ayat 10) Islam tidak menghalang umatnya mengumpulkan harta asalkan dia tidak meminggirkan pengeluaran zakat dan ruang pengabdian kepada Allah dijaga sebaik mungkin. Harta dicari lebih bermanfaat jika dijanakan bagi menguatkan agama Allah.

Malam Pertama Saad Bin Muaz

Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”. Lalu Rasulullah bekata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”. Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur

Image
Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.   Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya. Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, ker