Posts

Showing posts from November, 2012

Hadis Palsu : Membaca Doa Awal dan Akhir Tahun

Dalam buku kecil Majmuk Syarif yg banyak tersebar dikalangan masyarakat, disebutkan tentang kelebihan membaca doa di akhir dan awal tahun mengikut kiraan Hijrah. Malang sekali, amalan dan kelebihan yang dinyatakan tidak bersumberkan hadis sahih dan ia adalah palsu. Dinyatakan dalam buku tersebut : “inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu asar 29 atau 30 haribulan Zulhijjah. Siapa membaca doa ini pada waktu tersebut, syaitan berkata “susah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini kerana dibinasakan dengan satu akibat membaca doa-doa ini, maka Allah mengampunkan semua dosanya” Kemudian dinyatakan dalam buku tersebut teks doa khusus yang perlu di baca pada akhir tahun Sementara kelebihan doa awal tahun pula dinyatakan : “inilah doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali selepas sembahyang Maghrib pada malam satu haribulan Muharam. Siapa membacanya, sesungguhnya syaitan berkata : “ia sudah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang