Posts

Showing posts from April, 2012

Selamat Tinggal Cinta!

Image
Aku akan berhenti memikirkanmu. Dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan dih atiku. Aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya Kerana ALLAH, bukan kerana menginginkanmu. Akan aku lepaskan belenggu ini, yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh dengan tanda tanya. Biarlah kau teruskan perjalananmu untuk jadi yang terbaik buat seseorang yang ditakdirkan untukmu... Akupun begitu... Aku kan melanjutkan perjalananku untuk jadi imam yang terbaik buat seseorang yang akan menjadi makmumku meskipun itu bukanlah dirimu. Kerana kini aku telah yakin bahawa.  "Aku mungkin tak dapat menikahi orang yang aku cinta, tetapi wajib bagiku mencintai orang yang aku nikahi" Ku berharap kau mendapatkan yang terbaik daripadaku dan doakanku agar aku juga mendapatkan yang terbaik hingga aku mampu tenang dengan pilihanNYA meskipun itu bukanlah dirimu. ~Norhanie~

Tips Hafal Al-Quran

Image
Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran). Tip 1 – Bangun awal Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-

Membina Jemaah Islam Dalam Komuniti Ummah

KEHIDUPAN dalam seminggu disibukkan lapangan kerjaya dan masih ada lebihan kerja yang perlu dibawa pulang ke rumah menjadikan ruang kehidupan bertambah sempit. Waktu hujung minggu dihabiskan di kompleks beli-belah atau tempat perkelahan. Umat Islam semakin lupa dan jauh dari Tuhan, seminggu berakhir dengan tujuan keduniaan melebihi persediaan keperluan akhirat. Fokus kepada ukhrawi tidak lagi diberi perhatian lantaran urusan dunia mengalpakan ruang perhambaan kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian selepas selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan cari apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkan akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumu’ah, ayat 10) Islam tidak menghalang umatnya mengumpulkan harta asalkan dia tidak meminggirkan pengeluaran zakat dan ruang pengabdian kepada Allah dijaga sebaik mungkin. Harta dicari lebih bermanfaat jika dijanakan bagi menguatkan agama Allah.

Malam Pertama Saad Bin Muaz

Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”. Lalu Rasulullah bekata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”. Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan