Posts

Showing posts from 2011

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. 
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :  "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". 
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :  "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . 
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalan…

Awal Muharram 1433H

Image
Salam ukhuwah buat semua,
Semoga kita akan sentiasa dan didalam lindungan ALLAH s.w.t. Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya
yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan
nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada
kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa
& raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun
baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota
Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk
kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau
kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari
Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru
sebagai persiapan…

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan!!

(Dari DR.FADILAH KAMSAH)

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.... 
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergu…

Jalan Pulang Ke Pangkuan Allah Terlalu Luas..

Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta.
Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja.
Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu. Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.
Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136: (maksudnya)
D…

Apa Yang Kita Tahu Tentang Subuh??

Sahabat...

Mungkin ada yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang perihal masjid dan suasananya ketika datangnya waktu Subuh. Saya yakin sahabat-sahabat prihatin dengan suasana yang melanda umat ISLAM kini.. saya yakin, sahabat semua lebih "masyi" (arif) tentang ayat yang ke-216 daripada surah Al-Baqarah yang bermaksud :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia terbaik untukmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia bukan yang terbaik untukmu"
(Al-Baqarah ayat : 216)

Sahabat-sahabtku yang kukasihi...

Cukup menyedihkan bilamana melihat kebanyakan setiap jemaah Subuh yang selalu bertandang ke masjid. Dengan bilangan saff yang tidak seperti saff solat fardhu yang lain dan kadang-kadang 1 saff pun tidak penuh.

Ya Allah, ke manakah perginya pemuda-pemuda ISLAM??? Di manakah mereka bersolat??? Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah yang hadir dapat dikira dengan jari.. Malah "tahi cicak" lagi banyak jika d…

~04/08/1955-12/3/2009~

Setitik air susu yang masuk ke mulut aku..
Baru aku tahu besar hajat ibu tuk tengok aku hidup..air susu ibu yang selama ini diberi ketika ku kecil tiada nilai dan juga harga..walau dibandingkan dengan duit beribu dan juga harta berjuta... 
Aku lihat muka ibu sejak muda sampai ke tua dengan dahi kecut seribu, uban putih memenuhi kepala ibu..aku tahu ibu telah banyak berjasa kepada anak-anaknya..sejak kecik hingga ke dewasa ibu jaga aku bagai menatang minyak yang penuh..seekor nyamuk tidak akan dibiarkan hinggap di tubuh aku..makan minum aku ibu jaga, pakaian aku sedikit pn tidak kurang..aku di didik dengan penuh kasih dan sayang..
Apabila diriku melangkah ke alam dewasa, baru ku sedar..segala jasa yang ibu telah korbankan rupanya amatlah berharga dan tak dapat tuk ku nilai..ibu sanggup korbankan seluruh jiwa raga nya..ibu sanggup jadikan paha dia sebagai tempat untuk aku duduk..ibu sanggup susahkan diri tuk jaga diriku sorang..
Aku tahu..bila dah tua nanti, ibu mesti nak tengok anak-anak d…

IBU!

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

&quo…

Doa

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.

Allah SWT menunaikan doa orang2 yang beriman dan mentaati perintah Allah SWT.Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah,ayat 186:

"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran."

Begitu juga orang2 berhijrah kerana Allah, bersabar kerana Allah,redha dengan ujian Allah dan berjuang di jalan Allah.Firman Allah dalam surah Ali 'Imraan,ayat 195:tafsirnya

"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) : "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) set…

Bagaimana Kita Membaca Al-Quran?

Image
Pernah tak korang terfikir pasal keadaan masyarakat kita sekarang ni? Buang bayi, zina, dadah, couple, bunuh diri, mengumpat, penipuan, penghinaan terhadap islam etc, and the list goes on and on for eternity..heheh. Ok! Back to the point. Semua masalah ni berlaku pada majoriti umat islam di Malaysia betul tak? Tapi kenapa ye? Orang2 yang buat benda macam ni tak tau ke halal dan haram? Ok, jawapannya boleh perhatikan dalam surah al-a'raf:
ولقد ذرأنا لجهنّم كثيراً من الجنّ والأنس لهم قلوب لا يفقهون بها ولهم أعين لا يبصرون بها ولهم ءاذان لا يسمعون بها أولآءك كالأنعام بل هم أضلّ و ألآءك هم الغافلون
"Dan sungguh!! kami isi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia. mereka ada hati tapi tidak memahami, mereka ada mata tapi tak melihat dengannya, mereka ada telinga tapi taknak dengar dengannya. mereka seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang2 yg lalai." (7:179)
Cuba kita ingat balik. Masa sekolah dulu kita belajar islam ni macam mana? Hafal sifat 20,…

3 Tahun Tanpa Kasih Sayang Nya

Image
12 Mac 2008, tarikh yang tidak akan aku lupakan.. Tarikh di mana orang yang aku sayangi dijemput menghadap Yang Maha ESA..

Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, seluruh ahli keluargaku telah berkumpul di perkarangan HUSM Kelantan.. Doktor memanggil ayahku untuk membisikkan Kalimah Syahadah di telinga ibuku.. Saat itu seluruh keluarga ku menangis, meratapi wajah arwah ibu.. Semua dapat rasakan yang sesuatu yang tidak ingin berlaku bakal terjadi..

"Ya Allah, selamatkanlah ibuku, janganlah Kau ambil nyawanya.. Aku banyak berdosa kepada dia Ya Allah.. Biarlah aku tebus dahulu kesalahan yang telah aku lakukan, aku ingin memohon maaf kepada ibu.." doaku tidak putus-putus agar ibu dapat diselamatkan..

2.23 petang.. Ibu menghadap Illahi.. Sayu hatiku melihat ibu pergi meninggalkan ku tanpa aku sempat memohon maaf padanya.. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi.. Aku redha, rela dengan pemergiaan ibu agar roh nya bersemadi dengan aman..



Sebuah luahan hati
Dari seorang anak
Untuk semua ibu

Santapan Malam :)

Image
aish..malam-malam macam ni xleh tdo la plak..keje banyak lagi xciap..uhuk!!
luang masa jap bersama blog..ada benda nak dikongsi bersama..hehehe..ni saya ambil melalui kata-kata Puan Khadijah..dia lect math saya kat kolej..even ajar math, tapi dia selalu kongsi pasal Agama sebelum dia start kelas..saya bukan penulis hebat.. hehehe.. :)
semoga anda semua dapat memahaminya..........

"Manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan dan istiqamah melakukan kebaikan adalah bukan sebaik-sebaik manusia jika dibandingkan dengan manusia yang pernah melakukan kesalahan dan dia bertaubat nasuha dengan tidak mengulangi perkara lepas dan berterusan melakukan kebaikan.."

Itulah yang lecturer saya ungkapkan sebelum kelas bermula.. Apa yang dia cuba sampaikan ialah orang yang pernah melakukan kesalahan dan menyesal dengan perkara yang dilakukan serta dia bertaubat nasuha dengan tidak mengulangi kesalahan itu dan istiqamah melakukan kebaikan maka dia sebenarnya adalah manusia yang baik jika…

"Big Bang" - BUSTED!!!

Image
Where Did Everything Come From?

What is the proof?

Islam tells us Allah is both The Creator & The Evolver, of all that exits. We know Allah did not evolve us from monkeys, and we know all things are from Allah. Please share this information with those who deny the existence of God. They need it.

There is a popular theory referred to as the 'Big Bang' theory. It tries to explain the existence of the universe in an evolutionary manner having an initial beginning with an immense explosion of some gases or solid mass. Some say there first was a void or ’nothingness’, or perhaps, some gases which exploded then from this everything in the universe simply began to evolve to the stage that we see now. There has never really been any solid evidence for this idea of 'something out of nothing' concept. Nor for that matter, the evolutionary theory itself.

We would like to explore the idea of creation from a purely logical standpoint using simple terminology without rel…

Benarkah Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia?

Image
Seringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.

Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.
Firman Allah ;

يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِل…

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran [I Luv Islam]

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati "iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama. "dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)."…