Posts

Showing posts from July, 2011

Doa

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Allah SWT menunaikan doa orang2 yang beriman dan mentaati perintah Allah SWT.Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah,ayat 186: " Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran. " Begitu juga orang2 berhijrah kerana Allah, bersabar kerana Allah,redha dengan ujian Allah dan berjuang di jalan Allah.Firman Allah dalam surah Ali 'Imraan,ayat 195:tafsirnya " Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) : "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (k