Posts

Showing posts from October, 2017

Untuk Jadi Yang Terbaik!

Seorang Guru membuat garisan sepanjang 1m di papan tulis, lalu berkata : _"Anak2, cuba pendekkan garisan ini!"_ Anak murid pertama keluar ke depan, ia menghapus 20 cm dari garisan itu menjadi 80 cm. Guru mempersilakan anak murid ke 2. Ia pun melakukan hal yang sama, sekarang garisannya tinggal 60 cm. Murid ke 3 & ke 4 pun  ke depan dn melakukan hal yang sama, hingga garisan itu tinggal 20 cm. Terakhir, seorang murid yang bijak  ke depan. Ia tidak mengurangi garisan yang sudah tinggal 20 cm, namun membuat garisan baru sepanjang 120 cm, lebih panjang dr garisan yg pertama. Sang Guru menepuk bahunya,  _"Kamu memang bijak, untuk membuat garisan itu menjadi pendek, tak perlu menghapusnya, cukup membuat garisan lain yg lebih panjang, maka garisan pertama akan menjadi lebih pendek dgn sendirinya._ _Untuk menjadi yang terbaik tak perlu menjatuhkan, menyingkirkan atau menghina pihak lain. Cukup lakukan kebaikan yang lebih baik secara konsisten._ _Biarkan waktu yang a

Dunia, Akhirat, Iman.

Seorang Sultan mengambil seorang Ustaz menjadi menterinya. Maka diberi Istana, Gelaran, Isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan..! Satu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya dan bertanya TIGA soalan. PERTAMA! Apa itu Dunia..? KEDUA! Apa itu Akhirat..? Dan KETIGA! Apa itu Iman..? Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu saja. Tak mahu syarahan yang panjang. Menteri Agama terpinga-pinga mencari jawapan yang memuaskan hati Sultannya. Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu utk mencari jawapannya. Kemudian Sultan menghantar wakilnya kepada Menteri itu dan bagi titah bahawa segala kemewahan yang diberi akan dirampas jika gagal memberi jawapan yang dikehendaki. Menteri jadi runsing yang amat sangat memikirkan akan kehilangan segala-gala nya jika gagal memberi jawapan. Menteri dah tak dapat tidur, Makan pun tak lagi berselera, Cakap pun dah lain. Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan tetapi gagal. Akhirnya M

Ujian Taubat Seorang Hamba

Soalan: Saya ini sering melakukan dosa. Menyesal, bertaubat, kemudian nanti saya diuji lagi dan gagal, akhirnya jatuh semula ke lubang dosa. Nanti saya menyesal balik, rasa takut, kemudian saya bertaubat, menangis-nangis. Tetapi lama lepas itu, saya teruji lagi, saya cuba bertahan, tetapi lama kelamaan saya gagal dan kembali melakukan dosa lagi. Saya sampai malu nak bertaubat dengan Allah SWT lagi. Bukan saya sengaja nak balik kepada dosa saya, tetapi entahlah, saya asyik tergoda dan terjatuh semula. Apa nasib saya? Jawapan: Sebelum saya ke Jordan, saya pernah duduk di sebuah majlis bersama almarhum mudir(pengetua) sekolah menengah saya - Ustaz Dahlan Mohd Zain. Saya ada bertanya kepada beliau, berkenaan orang yang terjerumus di dalam situasi di atas. Yakni, mengulang dosa walaupun telah berkali-kali bertaubat. Taubatnya pula bukan main-main, dia bertaubat bersungguh-sungguh. Tetapi mengulang juga dosanya dek kerana tergoda, terlalai dan sebagainya. Lagi dan lagi. Respon a