Posts

Showing posts from February, 2012

=(

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang du duk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya sa

Kau Yang Bernama Hanie

Dengan nama Allah Yang  Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Wanita, akal setipis rambutnya, Jangankan lelaki biasa, Adam pun terasa sunyi tanpa Hawa, Tanpa mereka, hati dan perasaan lelaki akan resah, Masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga, Namun Adam tetap rindu kan Hawa, Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri, Dijadikan wanita dari tulang rusuh yang bengkok, Untuk diluruskan oleh lelaki, Tapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus,  Mana mungkin kayu yang bengkok, Menghasilkan bayang-bayang yang lurus, Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah, Didikan mereka dari panduan-Nya, Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya...mereka semakin liar, Jangan hiburkan hati mereka dengan kecantikan, Nantinya mereka akan semakin menderita, Yang sementara itu tidak kekal, Kenalkan mereka dengan Allah, Zat yang kekal, disitu punca bagi kekuatan dunia, Akal setipis rambut, Tebalkan dengan ilmu, Hati

SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH DAN TERJEMAHANNYA

Image
FAKTA TENTANG SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH: "Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam". Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia meng