Posts

Awal Muharram 1433H

Image
Salam ukhuwah buat semua, Semoga kita akan sentiasa dan didalam lindungan ALLAH s.w.t. Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa & raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna. Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah...

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan!!

(Dari DR.FADILAH KAMSAH) Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin i...

Jalan Pulang Ke Pangkuan Allah Terlalu Luas..

Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta. Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja. Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu. Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya. Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136: (maksudnya...

Apa Yang Kita Tahu Tentang Subuh??

Sahabat... Mungkin ada yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang perihal masjid dan suasananya ketika datangnya waktu Subuh. Saya yakin sahabat-sahabat prihatin dengan suasana yang melanda umat ISLAM kini.. saya yakin, sahabat semua lebih "masyi" (arif) tentang ayat yang ke-216 daripada surah Al-Baqarah yang bermaksud : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia terbaik untukmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia bukan yang terbaik untukmu" (Al-Baqarah ayat : 216) Sahabat-sahabtku yang kukasihi... Cukup menyedihkan bilamana melihat kebanyakan setiap jemaah Subuh yang selalu bertandang ke masjid. Dengan bilangan saff yang tidak seperti saff solat fardhu yang lain dan kadang-kadang 1 saff pun tidak penuh. Ya Allah, ke manakah perginya pemuda-pemuda ISLAM??? Di manakah mereka bersolat??? Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah yang hadir dapat dikira dengan jari.. Malah "tahi cicak" lagi ban...

~04/08/1955-12/3/2009~

Setitik air susu yang masuk ke mulut aku.. Baru aku tahu besar hajat ibu tuk tengok aku hidup..air susu ibu yang selama ini diberi ketika ku kecil tiada nilai dan juga harga..walau dibandingkan dengan duit beribu dan juga harta berjuta...  Aku lihat muka ibu sejak muda sampai ke tua dengan dahi kecut seribu, uban putih memenuhi kepala ibu..aku tahu ibu telah banyak berjasa kepada anak-anaknya..sejak kecik hingga ke dewasa ibu jaga aku bagai menatang minyak yang penuh..seekor nyamuk tidak akan dibiarkan hinggap di tubuh aku..makan minum aku ibu jaga, pakaian aku sedikit pn tidak kurang..aku di didik dengan penuh kasih dan sayang.. Apabila diriku melangkah ke alam dewasa, baru ku sedar..segala jasa yang ibu telah korbankan rupanya amatlah berharga dan tak dapat tuk ku nilai..ibu sanggup korbankan seluruh jiwa raga nya..ibu sanggup jadikan paha dia sebagai tempat untuk aku duduk..ibu sanggup susahkan diri tuk jaga diriku sorang.. Aku tahu..bila dah tua nanti, ibu mesti nak tengok...

IBU!

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ." Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" "Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. D...

Doa

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Allah SWT menunaikan doa orang2 yang beriman dan mentaati perintah Allah SWT.Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah,ayat 186: " Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran. " Begitu juga orang2 berhijrah kerana Allah, bersabar kerana Allah,redha dengan ujian Allah dan berjuang di jalan Allah.Firman Allah dalam surah Ali 'Imraan,ayat 195:tafsirnya " Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) : "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (k...