~04/08/1955-12/3/2009~

Setitik air susu yang masuk ke mulut aku..

Baru aku tahu besar hajat ibu tuk tengok aku hidup..air susu ibu yang selama ini diberi ketika ku kecil tiada nilai dan juga harga..walau dibandingkan dengan duit beribu dan juga harta berjuta... 

Aku lihat muka ibu sejak muda sampai ke tua dengan dahi kecut seribu, uban putih memenuhi kepala ibu..aku tahu ibu telah banyak berjasa kepada anak-anaknya..sejak kecik hingga ke dewasa ibu jaga aku bagai menatang minyak yang penuh..seekor nyamuk tidak akan dibiarkan hinggap di tubuh aku..makan minum aku ibu jaga, pakaian aku sedikit pn tidak kurang..aku di didik dengan penuh kasih dan sayang..

Apabila diriku melangkah ke alam dewasa, baru ku sedar..segala jasa yang ibu telah korbankan rupanya amatlah berharga dan tak dapat tuk ku nilai..ibu sanggup korbankan seluruh jiwa raga nya..ibu sanggup jadikan paha dia sebagai tempat untuk aku duduk..ibu sanggup susahkan diri tuk jaga diriku sorang..

Aku tahu..bila dah tua nanti, ibu mesti nak tengok anak-anak dia berjaya..anak-anak dia yang selama ini dia tabur jasa..begitu besar hajat seorang ibu untuk melihat anaknya berjaya supaya menjadi bekalan untuk ibu di hari tua agar dapat menumpang kesenangan yang di miliki anak-anak..

Tanpa aku sedar, rupa-rupanya aku telah menjadikan ibuku sebagai HAMBA..segala makan minum yang mampu tuk aku buat sendiri diuruskan oleh ibu..aku berjanji tuk membalas segala jasa ibu..tapi...belum sempat aku melangkah ke alam pekerjaan, ibu telah meninggalkan ku..

Ibu.....
Segala budimu yang telah kau curahkan selama ini tidak akan pernah aku lupakan..walau setitik air susu mu yang ku rasa..aku tahu..segala penat lelah ibu, ibu tak kan merungut..ibu tak kan ceritakan pada sesiapa..semuanya ibu lalui sejak ibu mengandungkan aku selama 9 bulan..

Di saat ibu ingin meninggalkan aku..aku dekat dengan ibu..aku pegang tangan ibu..aku menangis minta agar di ampunkan dosa-dosaku..aku minta agar di halalkan segalanya..Ya Allah!!betapa banyaknya salah silap yang telah aku lakukan terhadap ibuku..setelah ibu tiada..baru aku tahu nilai kasih seorang ibu kandung..

Pada yang masih ada ibu..hargailah ibu anda..ziarah lah ibu anda paling kurang pn seminggu sekali..apa yang di harapkan oleh seorang ibu mahupun bapa bukan lah harta..tapi mereka mengharapkan kasih sayang anak dan cucu mereka..terubatlah segala rindu jika mereka dapat melihat anak-anak mereka..

 ~04081955-12032009~
..HAPPY BITHDAY MUM..

Comments

Popular posts from this blog

SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH DAN TERJEMAHANNYA

Untuk Jadi Yang Terbaik!

Dunia, Akhirat, Iman.