Doa

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.

Allah SWT menunaikan doa orang2 yang beriman dan mentaati perintah Allah SWT.Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah,ayat 186:

"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran."

Begitu juga orang2 berhijrah kerana Allah, bersabar kerana Allah,redha dengan ujian Allah dan berjuang di jalan Allah.Firman Allah dalam surah Ali 'Imraan,ayat 195:tafsirnya

"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) : "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai ganguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-sebaiknya (bagi mereka yang beramal salih)"

Bagai satu perumpamaan..
Kita minta Allah beri rama-rama,tetapi Allah kurniakan ulat beluncas.Kita bertanya mengapa ulat beluncas sedangkan kita meminta rama-rama.Sesungguhnya Allah itu mengetahui jalan hidup hamba-hambaNya..Ulat beluncas akan bertukar jadi rama-rama yang cantik.Allah memberi apa yang kita minta dalam pelbagai cara..cuma kita tidak tahu bila dan ketika.
InsyaAllah..wallahualam..

Comments

Popular posts from this blog

SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH DAN TERJEMAHANNYA

3 Tahun Tanpa Kasih Sayang Nya

Benarkah Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia?