Posts

Apa Yang Kita Tahu Tentang Subuh??

Sahabat... Mungkin ada yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang perihal masjid dan suasananya ketika datangnya waktu Subuh. Saya yakin sahabat-sahabat prihatin dengan suasana yang melanda umat ISLAM kini.. saya yakin, sahabat semua lebih "masyi" (arif) tentang ayat yang ke-216 daripada surah Al-Baqarah yang bermaksud : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia terbaik untukmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia bukan yang terbaik untukmu" (Al-Baqarah ayat : 216) Sahabat-sahabtku yang kukasihi... Cukup menyedihkan bilamana melihat kebanyakan setiap jemaah Subuh yang selalu bertandang ke masjid. Dengan bilangan saff yang tidak seperti saff solat fardhu yang lain dan kadang-kadang 1 saff pun tidak penuh. Ya Allah, ke manakah perginya pemuda-pemuda ISLAM??? Di manakah mereka bersolat??? Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah yang hadir dapat dikira dengan jari.. Malah "tahi cicak" lagi ban...

~04/08/1955-12/3/2009~

Setitik air susu yang masuk ke mulut aku.. Baru aku tahu besar hajat ibu tuk tengok aku hidup..air susu ibu yang selama ini diberi ketika ku kecil tiada nilai dan juga harga..walau dibandingkan dengan duit beribu dan juga harta berjuta...  Aku lihat muka ibu sejak muda sampai ke tua dengan dahi kecut seribu, uban putih memenuhi kepala ibu..aku tahu ibu telah banyak berjasa kepada anak-anaknya..sejak kecik hingga ke dewasa ibu jaga aku bagai menatang minyak yang penuh..seekor nyamuk tidak akan dibiarkan hinggap di tubuh aku..makan minum aku ibu jaga, pakaian aku sedikit pn tidak kurang..aku di didik dengan penuh kasih dan sayang.. Apabila diriku melangkah ke alam dewasa, baru ku sedar..segala jasa yang ibu telah korbankan rupanya amatlah berharga dan tak dapat tuk ku nilai..ibu sanggup korbankan seluruh jiwa raga nya..ibu sanggup jadikan paha dia sebagai tempat untuk aku duduk..ibu sanggup susahkan diri tuk jaga diriku sorang.. Aku tahu..bila dah tua nanti, ibu mesti nak tengok...

IBU!

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ." Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" "Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. D...

Doa

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Allah SWT menunaikan doa orang2 yang beriman dan mentaati perintah Allah SWT.Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah,ayat 186: " Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran. " Begitu juga orang2 berhijrah kerana Allah, bersabar kerana Allah,redha dengan ujian Allah dan berjuang di jalan Allah.Firman Allah dalam surah Ali 'Imraan,ayat 195:tafsirnya " Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) : "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (k...

Bagaimana Kita Membaca Al-Quran?

Image
Pernah tak korang terfikir pasal keadaan masyarakat kita sekarang ni? Buang bayi, zina, dadah, couple, bunuh diri, mengumpat, penipuan, penghinaan terhadap islam etc, and the list goes on and on for eternity..heheh. Ok! Back to the point. Semua masalah ni berlaku pada majoriti umat islam di Malaysia betul tak? Tapi kenapa ye? Orang2 yang buat benda macam ni tak tau ke halal dan haram? Ok, jawapannya boleh perhatikan dalam surah al-a'raf: ولقد ذرأنا لجهنّم كثيراً من الجنّ والأنس لهم قلوب لا يفقهون بها ولهم أعين لا يبصرون بها ولهم ءاذان لا يسمعون بها أولآءك كالأنعام بل هم أضلّ و ألآءك هم الغافلون "Dan sungguh!! kami isi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia. mereka ada hati tapi tidak memahami, mereka ada mata tapi tak melihat dengannya, mereka ada telinga tapi taknak dengar dengannya. mereka seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang2 yg lalai." (7:179) Cuba kita ingat balik. Masa sekolah dulu kita belajar islam ni macam mana? Hafal...

3 Tahun Tanpa Kasih Sayang Nya

Image
12 Mac 2008, tarikh yang tidak akan aku lupakan.. Tarikh di mana orang yang aku sayangi dijemput menghadap Yang Maha ESA.. Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, seluruh ahli keluargaku telah berkumpul di perkarangan HUSM Kelantan.. Doktor memanggil ayahku untuk membisikkan Kalimah Syahadah di telinga ibuku.. Saat itu seluruh keluarga ku menangis, meratapi wajah arwah ibu.. Semua dapat rasakan yang sesuatu yang tidak ingin berlaku bakal terjadi.. "Ya Allah, selamatkanlah ibuku, janganlah Kau ambil nyawanya.. Aku banyak berdosa kepada dia Ya Allah.. Biarlah aku tebus dahulu kesalahan yang telah aku lakukan, aku ingin memohon maaf kepada ibu.." doaku tidak putus-putus agar ibu dapat diselamatkan.. 2.23 petang.. Ibu menghadap Illahi.. Sayu hatiku melihat ibu pergi meninggalkan ku tanpa aku sempat memohon maaf padanya.. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi.. Aku redha, rela dengan pemergiaan ibu agar roh nya bersemadi dengan aman.. Sebuah luahan hati Dari seorang anak Untuk...

Santapan Malam :)

Image
aish..malam-malam macam ni xleh tdo la plak..keje banyak lagi xciap..uhuk!! luang masa jap bersama blog..ada benda nak dikongsi bersama..hehehe..ni saya ambil melalui kata-kata Puan Khadijah..dia lect math saya kat kolej..even ajar math, tapi dia selalu kongsi pasal Agama sebelum dia start kelas..saya bukan penulis hebat.. hehehe.. :) semoga anda semua dapat memahaminya.......... " Manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan dan istiqamah melakukan kebaikan adalah bukan sebaik-sebaik manusia jika dibandingkan dengan manusia yang pernah melakukan kesalahan dan dia bertaubat nasuha dengan tidak mengulangi perkara lepas dan berterusan melakukan kebaikan.. " Itulah yang lecturer saya ungkapkan sebelum kelas bermula.. Apa yang dia cuba sampaikan ialah orang yang pernah melakukan kesalahan dan menyesal dengan perkara yang dilakukan serta dia bertaubat nasuha dengan tidak mengulangi kesalahan itu dan istiqamah melakukan kebaikan maka dia sebenarnya adalah manusia yang ba...