Posts

=(

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang du duk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya sa...

Kau Yang Bernama Hanie

Dengan nama Allah Yang  Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Wanita, akal setipis rambutnya, Jangankan lelaki biasa, Adam pun terasa sunyi tanpa Hawa, Tanpa mereka, hati dan perasaan lelaki akan resah, Masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga, Namun Adam tetap rindu kan Hawa, Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri, Dijadikan wanita dari tulang rusuh yang bengkok, Untuk diluruskan oleh lelaki, Tapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus,  Mana mungkin kayu yang bengkok, Menghasilkan bayang-bayang yang lurus, Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah, Didikan mereka dari panduan-Nya, Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya...mereka semakin liar, Jangan hiburkan hati mereka dengan kecantikan, Nantinya mereka akan semakin menderita, Yang sementara itu tidak kekal, Kenalkan mereka dengan Allah, Zat yang kekal, disitu punca bagi kekuatan dunia, Akal setipis rambut, Tebalkan dengan ilm...

SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH DAN TERJEMAHANNYA

Image
FAKTA TENTANG SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH: "Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam". Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia meng...

Kejadian Tembak Menembak Di Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Image
Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara.. ada kejadian tembak-menembak berlaku berdekatan dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Johor.. kejadian berlaku pada malam tadi 10/1/2012.. dua suspek penjenayah terlepas dan melarikan diri di kawasan sekitar dan berdekatan dengan kolej kediaman perwira.. polis bersama anjing pengesan sedang giat mengesan suspek.. bagi yang tinggal di kawasan sana dinasihatkan supaya berhati-hati.. Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah, pada waktu itu kebetulan terdapat insiden kejar mengejar diantara polis & perompak.  Kejadian tembak-menembak berlaku di sekitar kawasan dpan pagar UTHM.  Kemalangan berlaku di dpan Esso Parit Raja di mana perompak telah menghimpit kereta mangsa sewaktu berusaha utk melarikan diri..  kesian pada mangsa..  ( perompak dipercayai melarikan diri ke sekitar kwasan Kolej Kediaman Perwira,UTHM Batu Pahat.) sumber : diambil dari Status pada facebook pelajar-pelajar UTHM..

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.  Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :    "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".  Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :  "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .  Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafa...

Awal Muharram 1433H

Image
Salam ukhuwah buat semua, Semoga kita akan sentiasa dan didalam lindungan ALLAH s.w.t. Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa & raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna. Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah...

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan!!

(Dari DR.FADILAH KAMSAH) Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin i...